Akaun madrasahalbayan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAQ PEMBANGUNAN MADRASAH ALBAYAN

SUMBANGAN PEMBANGUNAN MADRASAH ALBAYAN

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
 (Surah alBaqarah, ayat 261)


Madrasah Al Bayan Li Ta'Lim Wal Quram (MTAQ) telah diasaskan oleh Ustaz Muhammad Yusof Bin Baharudin dan dibantu oleh Ahli Jawatan Kuasa yang berdaftar dibawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Tujuan Penubuhan Madrasah ini tercetus apabila pemilik tanah (ayah mertua) menghibahkan tanah kepada Ustaz Yusof Bin Baharudin untuk tujuaan pembinaan Madrasah. Mendidik generasi muda dan dewasa dalam mendalami ilmu agama adalah golongan sasaran Madrasah ini. Pembentukan rohani bagi generasi muda sangat penting demi kelansungan masa depan mereka supaya terdidik dengan pegangan iman yang kuat. Semoga Allah mudahkan perjalanan pembinaan Madrasah ini dan dapat disiapkan dengan kadar segera. 


Proses Pembinaan Meratakan Tanah 


Penyokong Usaha Penubuhan Madrasah Albayan


Harta yang kita infak atau sedekah akan kekal pahalanya, namun harta yang ada pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala. 

Marilah kita berinfaq untuk pembinaan madrasah sebagai tempat institusi  untuk melahirkan ummah yang berilmu, berjiwa dakwah dan mengamalkan sunnah..marilah kita menambahkan bekalan dengan berinfaq.

Firman Allah SWT:

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

“ Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal ” 
(QS an-Nahl: 96)

Infaq merupakan salah satu amalan yang boleh menjamin kehidupan kita di akhirat kelak. Tambah-tambah apabila kita menyalurkan harta tersebut kepada perkara yang memberi manfaat untuk orang lain.

RUMAH MENGAJI AL- QURAN ALBAYAN
(CIMB BANK)
8604690481 

Justeru itu, kami ingin memohon sumbangan untuk pembangunan Madrasah Al Bayan Li Ta'lim Wal Quran yang terletak di Gentam, Negeri Sembilan. 

Sebarang pertanyaan tekan link:

Ustaz Muhammad Yusof Baharudin.

Tuan Shahrifuddin

Inshaallah dengan sumbangan tuan/puan ini, Allah swt akan lipatkali gandakan pahala tersebut. Amiiin